downgila

Klasik 1998: Kerja Sekolah

3 Komplen

angry kid rebel kid

Sekarang dah minggu ke-13, kerja gua semakin menimbun. Harap boleh siapkan thesis sebelum dateline. Masa masa macam ni teringat masa kecik kecik. Tak payah risau langsung pasal kerja sekolah.

****

Malam semakin malam. Kerja sekolah ada satu lagi karangan cikgu Zakiah. Kerja Mr Pang ada 40 lagi soalan matematik. Esok kena siap. Tadi bukan main menonton Keluang Man. Petang tadi handal sangat memanjat bukit depan rumah ustaz. Sekarang gua dah terkial kial kucar kacir. Ulat terbang lalu atas buku pun lain macam "shuh shuh!!" dia punya halau. Penuh dengan rebel.

Dalam kepala dah terbayang cikgu Zakiah punya lempang. Mr Pang (mendiang) punya tarik rambut hantuk kepala dekat papan hitam bertalu talu hidung berdarah muncul.

Mak gua sambil lipat kain rilek je sound.." Haa..baru tau, siang tau nak main je.."

Masa tu nak menjawab pun tersekat sekat suara dekat kerongkong.

Tiba tiba keluar suara Farid Ismed. Peh..dia punya hancur hati..

Esok punya berdebar tak payah cerita le..

Notakaki: Yang berdarah tu gua tipu je la. Taknye ade la sampai berdaroh demeh. Gile mende?

Download Free Font VIM

1 Komplen

Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download
Vim SM Free Typeface download

Vim ni font semua huruf besar. Didesign oleh saudara kacak Santiago Moreno daripada Colombia. Sesuai digunakan untuk tajuk poster, banner, dan tempat tempat yang memerlukan penekanan. Jangan lu orang benak sangat pergi pakai buat tulis thesis sudah.

Download free GO SINI

Sesi Luahan Perasaan

22 Komplen

kyo dir en grey obscure

Sekarang ni gua banyak gila babi kerja sampai jadi tak tau nak buat yang mana dulu. Last last gua tulis blog, kerja tak siap. Kah kah kah. Macam bodoh. Cerita dia macam gini, mula mula gua tengah tersengih-sengih ejas thesis. Masa tu mula la gua teringat besok gua ada ujian, satu hape tak baca lagi. Masa tu jugak laaa teringat kerja projek design hospital depan pintu keluar UM PJ tu tak setel lagi. Ada ke kita orang kena buat BOQ (Bill Of Quantity) bodoh apa entah.

Daripada gua kecik sampai la sekarang haram jadah tak pernah pun belajar buat BOQ. BOQ ni kalau lu orang nak tau kerja Juru Ukur Bahan. Kira kira berapa nak bayar bangla kerja, kira harga lantai, harga besi, besi kecik, besi besor, sungai besi, semua lah. Dah kalau kita orang buat BOQ, Afif Fadhuli nak buat apa? Dia baru je lepas grad itu hari sekarang kerja jadi Juru Ukur Bahan. Pergi la passing kerja tu dekat dia jauh jauh.

Gua buat kerja pulon sangat pun last last gua kena extend jugak. Macam lembu jeeeeeee. Selamat Bangi ada teman. Memang kawan sejati betul dari kecik sampai besar teman gua belajor. Belajor nye tak reti habis habis. Nasib la gua hensem. Boleh jugak buat part time modelling kalau la nanti masa extend ada masa kosong. Ni nanti siapa komen kat bawah ni cakap gua tak hensem ke, gua perasan ke, Bangi lagi cute ke, memang gua 'Flag as Spam' terus. Nak komen blog pun main kroni kroni ke.

Sambung cerita, banyak kerja sampai gua dah berapa hari tak makan nasik untuk makan malam ni. Kalau makan tu pun sebab gua tak makan dari pagi. Kalau sebulan lagi macam ni kesian la sama six packs gua. Asal malam lapar je pekena megi, asal lapar pekena megi. Takut juga gua nanti lama lama botak kepala. Dulu masa sekolah tak habis habis kutuk bapak Darimi Saadon yang botak tengah karang jadik balik dekat gua kan sakit. Haih. Menyesal pulak gua kutuk rambut orang dulu dulu.

Tapi dah berapa hari gua tak makan nasik malam malam ni badan gua tak kurus kurus jugak. Apasal degil sangat lemak dekat bahagian perut ni nak pergi pun gua tak paham. Takkan sampai nak gua minum Herbalife baru nak kurus?

Bercakap pasal Herbalife, gua teringat kes kawan akak gua  yang dulu gemuk serupa itu labu. Lepas tu dia pekena la Herbalife, tup tup berapa bulan terus kurus macam Sepul Nizam kawan gua masa sekolah menengah. Kena tiup angin melayang.  Lepas dia dah kurus, dia pun berhenti la minum Herbalife. Ye lah kan, kalau dah kurus buat apa nak minum lagi? Benda alah tu bukan murah murah seringgit dua macam Choki Choki. Entah berapa ratus. Bila dah berhenti, hah...badan tak semena mena gemuk balik. Lagi gemuk dari yang masa dia gemuk awal awal dulu. Kalau dulu serupa labu, yang gemuk kali kedua ni serupa labu kena cucuk silikon. Dia kata bila dia tengok cermin dia sendiri yang 'apply' gelak sebab rasa macam dah kena troll sama ejen Herbalife.

Tak tahu lah salah dia dekat mana. Mungkin salah Herbalife, mungkin jugak salah dia. Mungkin jugak salah Anwar Ibrahim. Kalau lu orang pergi tanya ejen Herbalife, ejen tu mesti la jawab salah bader tu kenapa lepas dah kurus makan serupa kerbo? Kalau lu tanya brader labu silikon tu mesti la dia cakap salah Herbalife. Sama la macam pilihanraya haritu.

Kes pilihanraya haritu, orang kerajaan salahkan pembangkang, salahkan orang cina sebab taknak undi diorang. Apa ke bodoh sangat, suka hati lah dia orang nak undi siapa. Kata demokrasi. Yang UMNO pulak salahkan melayu tak vote melayu. Dah kalau melayu tu yang songlap duit orang, lagi baik gua undi orang lain.

Pembangkang pulak tak habis habis pasal kes blackout, pakai baju hitam semua. Lu orang tau tak mak gua marah gua pakai baju hitam selalu sangat. Katanya jangan jadik macam abang gua dulu dulu. Black Metal ponteng sekolah hisap gam. Tapi sekarang abang gua dah baik dan power. Anak pun dah sorang. Gua yang tak black metal ni yang macam kimak terkapai kapai dekat UM.

Babi lenguh pulak menaip ni. Lu orang bukan baca pun.

Apakejadah Punknye Demeh..??

7 Komplen



Minggu lepas gua dapat sponsor untuk tukar tali gitar gua selepas setahun lebih. Tali Elixir
Acoustic 80/20 Bronze with NANOWEB Coating. Walaupun lagu jiwang macam sial, gua tetap 'menten' smarvo dengan tidak menunjukkan muka. Amacam? boleh ganti Jamal Abdillah tak suara emas gua? Kah kah kah.

NotaAbdillah: Terima kasih Ainan Tasneem yang sponsor strings. Kalau nak guna duit sendiri memang takkan la gua beli strings ni, baik buat makan ayam goreng ke strawberi ke

Kes Hari Ibu Haram

7 Komplen

Gua tak paham betul jenis yang bila Ustaz Azhar Idrus cakap je terus semua nak percaya. "Yang tu kapir!" semua pun "Kafirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr". "Yang ini haram!" semua pun "Haraaammmmmmmmmmmmm". Mau duk leks la brader. Jangan cepat sangat terus lompat ke konklusi. Ustaz Azhar Idrus tu pun manusia jugak. Ada lah salah silap.

Yang gua konpius sekarang ni pasal kes hari ibu haram ni. Si Ustaz Azhar Idrus cakap Hari Ibu ni haram sebab sama dengan hari mother church apa benda entah.

Hari ibu ialah hari Mother Church/Ibu Gereja Kristian. Siapa nak sambut, silakan. Siapa takut rosak akidah, jangan sambut
Amboi sedap je cakap orang rosak akidah sebab nak tunjukkan kita hargai mak ye. Kah kah kah. Pada gua Hari Ibu ni haram kalau lu orang pergi sambut dengan mak lu orang dengan menghadiri parti bogel dekat Bukit Bintang sambil pusing pusing kepala dengar lagu Lady Gaga, ye dia jatuh haram.

Dah la, gua malas nak cakap banyak banyak. Lu orang gaduh la dulu pasal hari Ibu ni haram ke tak untuk kali kelima belas juta. Gua nak pergi ejas ejas kerja sekolah gua sambil bermuruku dulu.