Mengunci Bilik | downgila

Mengunci Bilik

15 Komplen

pintu downgila kolej kediaman kelima

Selain daripada suka memakai spender ketat, rumet gua sem ni seorang mat uzbekistan juga suka bertindak secara bijak dan efisyen mirip penyerang bola sepak sekolah. Dia ni jenis tak boleh biar pintu tak berkunci. Ada dalam bilik pun pintu nak kunci apa cerita? Sarawak semua datang bilik gua kena ketuk dulu. Tak 1Malaysia langsung. Gua tak minat kunci bilik ni. Gua hanya akan kunci bilik semasa gua baru lepas balik mandi dan pada masa masa tertentu yang laki sahaja paham.

Tapi tadi masa gua balik kelas gua telah dapat menyaksikan kebijakan rumet gua dalam scene mengunci pintu. Jenis dia kunci adalah dengan membiarkan sendal kunci terkeluar macam dalam gambar tu. Agaknya dengan cara ini, pencuri yang ingin memasuki bilik akan ragu ragu dan terus kensel plan nak mencuri.

Gua masuk bilik dengan marah.

"PANG!!!" gua tarik pintu bilik macam dalam McGyver. Sampai dalam bilik gua cek gitar, ok gitar ada. Gua cek Macbook Air CQ-40 yang sangat berkualiti dan tak pernah rosak masih ada atas meja. Last sekali gua cek bantal gua. Ok ada lagi.

Syukur Almhamdulillah.

Oh lupa, sebelum gua tendang itu pintu, gua tangkap gambar dulu. Hik hik hik.

Notauzbek: Gua tengah berseluar bola dan menunggu si rumet uzbek gua balik. Gua ingat nak bertumbuk sikit dengan dia ni. Doakan malaysia menang.

15 ulasan:

  1. ade style lah .
    macam ni aku pun ragu2 nak pecah masuk bilik lu GP .
    hohoho !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? aku dah agak. ni adalah teknik ninjutsu sasuke

      Padam
  2. hahaha lawak gilee.. kem salam kat rumet ko!

    BalasPadam
  3. haha. rumet ko memang kacak!

    BalasPadam
  4. mmg lain dri yg len perangai rumet bro..hehe

    BalasPadam
  5. giler lu sekarang. dah bukan lagi satu malaysia. tp dan jadi international! hahahaha

    BalasPadam
  6. kunci apa terkeluAR MCM TUH, HEHE

    BalasPadam
  7. Wah. Ini macam punya unik eh rumet lu.

    BalasPadam
  8. ko bagitau kat rummet ko tuh.
    pakai spender ketat2 sangat boleh mandul oihhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh yeke? selamat aku pkai spender longgar eh

      Padam
  9. Dekat Uzbek tu merupakan style mengunci pintu yang paling efisen la bro...

    BalasPadam