Pagi tu hati gua rasa tak enak. Macam ada benda tak selesai. Gua pergi sinki. Kumur, kumur dan berkumur. Tak menjadi juga.
Dekat pukul 8 pagi, dengan berat hati gua bertolak ke sekolah Tadika Kemas anak anak tentera berjalan kaki secara solo. Tadika tu depan rumah je. Sambil jalan gua cuba nyanyi lagu Ultraman seven. Berterabur juga senikata dia. Mulut pula ada lagi rasa tak ngam. Dalam perjalanan itu runsing gua tak putus putus. Sepanjang perjalanan muka berkerut.
Di kelas, cikgu Sharipah tak sampai lagi. Gua pekena main buai dulu sepam. Main buai pun takde feel. Dah puas duduk, berdiri, hayun laju-laju lepas tu loncat 3 meter kehadapan. Dia punya seronok tak pergi. Baru sekolah tadika gua dah pandai runsing.
Separuh masa pertama, Cikgu Sharipah ajar melukis. Gua lukis gambar ayam. Dalam resah, gua masih beri yang terbaik. Cuma kadang-kadang gua ke sinki. Cuba selesaikan sesuatu. Kumur kumur. Tak jadi lagi.
Gua rasa gua dah kumur dengan tekanan air paling tinggi dah tu. Tapi tak jalan.
Gua sambung lukis gambar ayam. Dalam ramai ramai tu, gua je lukis ayam ada bentuk ayam sebab dekat rumah bapak gua selalu memberi tuisyen percuma berkaitan dengan 'art' melukis haiwan. Kecik kecik lagi bakat gua melukis dah terserlah. Member-member lain lukis gambar ayam serupa memerang, ada yang macam sayur kangkung pun ada. Bodoh.
Tak lama gua duduk, gua ke sinki lagi, kumur, kumur, kumur kaw kaw, kumur padu, kumur air banyak, kumur air sikit, masih tak berjaya. Gua mula berang.
Gua cuba lagi. Kumur, kumur, kumur kaw kaw, kumur padu, kumur air banyak, kumur air sikit..tiba tiba..
Kelekingg..!!
Terpancar kepuasan di sengih gua. Gua ambik balik sebatang gigi dalam sinki dan simpan dalam kocek tepi seluar.Orang tua kata kena tanam..
Kenangan 1996 : Oral | downgila downgila.com/2012/04/kenang… #downgila via @HeyAzwan
— gp(@HeyAzwan) April 27, 2012



HAHA.. ok... patah gigi rupa nya.. :)
BalasPadampergh berani gila lu.! gua punya takut nak cabut gg gua biar je sampai gg baru tumbuh tolak gg 2 sendiri. hahaha
BalasPadamsbb tu gigi gua lawa dan osem
Padamgigi gua dulu, time tido ikat kat batang katil. esok pg bangun gigi dah tertanggal
BalasPadamosem baq ang!
abang zam cite nak nipu pon molek sikit bang
BalasPadamLepas tanam tu, aper jadi? huhu~
BalasPadamgua ingat aper la yang oral sangat. Rupanya nak citer pasal gigi jatuh dalam sinki. Hehe.
aku time kecik2 dulu asal goyang je sikit.
BalasPadamterus pergi kelinik tepi hospital tu.
cabut terus.
takdenya nak kumur2 kat singki.
tak cool!
hahahaha
cabut sendiri la cool drp g klinik. hahaha
Padamhehe sempoi!
BalasPadamhahaha!!
BalasPadamserius lawak!
MISTERI:MISTERI BULAN TERBELAH DUA
SERAM:HANTU KEPALA PUTUS DITEMUI!
KISAH BENAR:Bruce Lee Mati Selepas Tewas Dengan Silat Melayu!